Siakap Keli
fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Video)Bersahaja Sambut Merdeka, Media Sosial ‘Kecoh’ Netizen Pakat Share Telatah ”Sporting” Permaisuri Agong

Pada hari ini, genaplah 62 tahun kita menyambut hari kemerdekaan sejak memperolehinya pada 31 Ogos 1957.

Seperti tahun lalu, sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 Peringkat Kebangsaan kali ini telah diadakan di Dataran Putrajaya.

Ia telah dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia bagi bersama-sama menyaksikan perarakan, persembahan serta pertunjukan udara yang dilakukan pada pagi tadi.

Turut berkenan berangkat ke sambutan tersebut ialah pasangan diraja, DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Dikenali dengan personaliti yang amat merendah diri, Baginda berdua sememangnya dekat di hati rakyat jelata. Kehadiran pasangan diraja ini jelas mendapat sambutan hangat daripada rakyat yang menghadiri acara tersebut.

Malah, pergerakan Baginda berdua sepanjang sambutan itu sentiasa menjadi perhatian rakyat.

Bercakap mengenainya, beberapa video yang memaparkan ‘gelagat comel’ Baginda berdua telah menjadi tular selepas dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

Penularan video-video ini juga mendapat banyak kicauan balas daripada wargamaya yang lain, di mana rata-rata mereka melahirkan rasa teruja mereka melihat kepada telatah Baginda berdua, terutamanya Permaisuri Agong.

Foto: @AmirulAiman2410
Foto: @AmirulAiman2410
Foto: @AmirulAiman2410

Kami mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar DYMM YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt. Daulat Tuanku.

Sumber: Twitter @AmirulAiman2410, @sitimanisah_

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi