Siakap Keli

(Video) Rupanya Selama Ni Kita Salah Kupas Delima, Lelaki Tunjuk Cara Potong Delima Ekspres Jadi Bualan Satu Dunia

Buah delima pada waktu ini semakin dikenali oleh ramai orang berikutan permintaan tinggi terhadap buah yang mempunyai pelbagai khasiat ini. Antara khasiat yang dimaksudkan ialah buah delima dapat membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, baik untuk kesihatan jantung dan juga dapat menghalang penyakit dan melawan pelbagai jangkitan.

Gambar: Liputan6

Disebabkan khasiatnya yang banyak, ramai yang ingin menikmatinya disamping rasanya yang enak. Namun, disebabkan kesukaran untuk membukanya membuatkan ramai orang sudah tidak berminat akan buah ini.

Disebabkan itu, kami ingin kongsikan cara atau kaedah mudah dan ringkas untuk membuka buah delima tanpa menjejaskan isi di dalamnya.

Menerusi perkongsian video di atas, anda perlu memotong bahagian atas buah berkenaan dan kemudiannya membelah buah tersebut kepada beberapa bahagian.

Setelah buah tersebut sudah terbuka, anda hanya perlu mengetuk di belakang buah berkenaan dengan menggunakan sudu dan isi di dalamnya akan keluar dengan sendirinya. Anda mungkin  terpaksa menggunakan sedikit tenaga untuk mengeluarkan kesemua isinya, tapi ternyata usaha itu akan berbaloi pada penghujungnya.

Apabila anda mendapati kesemua isi sudah dikeluarkan, anda sudah boleh menikmati isi buah delima dengan cara anda.

Selamat mencuba!

Sumber: MrBrain

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra