Siakap Keli
Gambar: The Diplomat

Kerajaan China Bina Kem Pemulihan, Tempatkan Ribuan Muslim Etnik Uighur

Kerajaan China telah membina rangkaian kem pemulihan dan sistem pengawasan untuk mengawasi berjuta-juta penduduk minoriti Islam di rantau Xinjiang.

Sekarang pihak berkuasa penjara di Xinjiang, China telah beralih kepada kaedah pengendalian tahanan yang lebih tegas dan keras.

Analisis New York Times menunjukkan bahawa wilayah di barat laut China telah mengalami peningkatan jumlah penangkapan dan pesalah yang dikenakan hukuman penjara dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Mahkamah di Xinjiang di mana kaum minoriti, termasuk Uighur dan Kazakhs, membentuk lebih daripada separuh penduduk di sana telah menjatuhkan hukuman penjara kepada  230,000 orang.

Malah jumlah itu lebih tinggi dari mana-mana tempat yang pernah direkod dalam beberapa dekad di rantau ini.

Walaupun begitu, pihak berkuasa Xinjiang tidak mendedahkan berapa jumlah sebenar tahanan di penjara. Namun apa yang pasti bukan semua yang dipenjarakan di sana adalah masyarakat Muslim.

Bagaimanapun, mereka yang di tahan di sana semuanya atas sebab yang munasabah iaitu mengikut kesalahan yang telah dilakukan.

Tetapi menurut Sean R. Roberts, ahli antropologi di George Washington University yang mengkaji tentang etnik Uighur mengatakan bahawa:

“Seolah-olah seluruh penduduk di sana diperlakukan seperti penjenayah (bersalah) sehinggalah mereka berjaya dibuktikan tidak bersalah,”

Sumber: New York Times

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)