Siakap Keli

”Isteri Saya Sebenarnya..” Dikecam Tangan Gigil Sarung Cincin, Ini Jawapan ‘Win’ Suaminya, Nadzmi

Umum mengetahui, pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa sudah pun selamat bergelar isteri Ahad lalu dalam majlis tertutup di rumah keluarga pengantin perempuan.

Umpama bercinta dalam diam, mereka dikatakan bermula sebagai rakan yang rapat sejak lapan tahun dan hanya selesa digelar sebagai sahabat.

Namun baru-baru ini, tular satu video di hari pernikahan mereka di mana Ardell dilihat gugup dan menggigil sewaktu disarungkan cincin oleh suaminya. Situasi sama juga berlaku sewaktu Nadzmi seakan was-was ingin mencium dahi isterinya itu.

Perkara tersebut lantas mencuri perhatian netizen sehingga ada di antaranya yang melontarkan kecaman ke atas mereka. Didakwa sebagai ‘melebih-lebih’ sedangkan mereka sudah berkawan sebelum itu, Nadzmi tampil mempertahankan isterinya serta menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya katakan.

Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas.

Isteri saya menghidap anxiety serta depression teruk

Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lagi dalam proses treatment/pemulihan.

Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi, apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yang boleh mengakibatkan black out, pitam, sesak nafas.

Kami memang banyak berjumpa

Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh bezanya, dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz .

Kami menggigil kerana orang ramai

Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan orang ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yang menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami, dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan 🙂. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas. Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi , apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yg boleh mengakibatkan black out , pitam , sesak nafas. Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz . Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami , dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah. Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen , tp sy berharap tolong doakan yg baik2 dan jgn timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami . Sedaya upaya sy dan family kami cuba naikkan semangat isteri sy sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini. Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yg ade hati. Sebagai seorang suami , Tolong 🙏🏻 jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya . Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri , family mertua sy dan family sy. Segala yg buruk datang dr kami, yg baik datang dr Allah SWT. Terima kasih utk doa yg baik2 dan terima kasih juga utk yg sebaliknya 🤗. #adhwardell ❤️

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Tolong doakan yang baik-baik

Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen, tapi saya berharap tolong doakan yang baik-baik dan jangan timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami.

Sedaya upaya saya dan family kami cuba naikkan semangat isteri saya sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini. Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yang ada hati.

Jangan hina isteri saya

Sebagai seorang suami, tolong jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya.

Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri , family mertua saya dan family saya. Segala yang buruk datang dari kami, yang baik datang dari Allah SWT. Terima kasih untuk doa yang baik-baik dan terima kasih juga untuk yang sebaliknya.

Sumber : Instagram nadzmiadhwa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra