Siakap Keli

Didakwa Guna Maklumat Kanak-Kanak Untuk Penculikan, UPSI Tampil Beri Penjelasan – Bernama

Heboh diperkatakan tentang isu yang tular berkenaan kes yang dipercayai melibatkan sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Universiti berkenaan didakwa menggunakan maklumat kanak-kanak yang yang didaftar satu programn telah digunakan bagi tujuan penculikan.

Justeru, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu kenyataan telah menafikan dakwaan tersebut.

Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat atau berita palsu.

“Program itu merupakan anjuran GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), UPSI.

“Ada pihak mendakwa maklumat kanak-kanak yang mendaftar menerusi pautan pcis.upsi-ukm.edu.my atau http://pcis.permatapintar.edu.my digunakan bagi tujuan penculikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohammad Shatar menegaskan pautan berkenaan wujud dan sahih dan ia bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar serta berbakat di negara ini bagi mencetus dan membina minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya kanak-kanak yang terpilih akan mengikuti Junior Science Camp 2019 mulai 23 hingga 25 Nov depan dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi http://ncdrc.upsi.edu.my.

Ujian saringan telah dibuka secara dalam talian bermula 1 Sept lepas sehingga 15 Okt depan kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)