Siakap Keli

(Video) Pihak Bomba Saran Orang Ramai Gunakan Geriji Tingkap Jenis Ini, Boleh Selamatkan Nyawa

Bagi kebanyakan isi rumah, memasang jeriji besi pada tetingkap merupakan salah satu langkah keselamatan bagi mengelakkan kes-kes jenayah seperti rompakan. Walaupun ianya memang ternyata dapat mengurangkan kes jenayah, namun anda perlu sedar bahawa terdapat jenis jeriji besi yang boleh memberi kesan buruk kepada anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran.

Kebiasaan yang kita lihat, pihak Bomba akan memotong terus jeriji besi pada tingkap ketika dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa kebakaran. Namun begitu, keperluan untuk memotong jeriji juga merupakan satu perkara rumit yang terpaksa dilakukan. Tambahan lagi, tindakan tersebut juga boleh melengahkan masa pihak Bomba untuk menjalankan usaha menyelamat.

Disebabkan kesukaran tersebut, pihak Bomba menyarankan agar orang ramai untuk memasang jeriji besi yang dapat memudahkan  penghuni sekiranya berlaku kecemasan.

Menerusi video berkenaan, orang ramai disyorkan untuk menggunakan jerisi besi yang mempunyai kunci pada bahagian bawah tingkap. Jeriji besi itu akan menjadi lebih mudah untuk dibuka dengan hanya membuka kuncinya pada bahagian bawah.

Tambahan lagi, kebanyakan kes kematian yang berlaku adalah disebabkan jeriji besi kekal yang tidak boleh dibuka sehingga menyukarkan anggota penyelamat untuk bertindak. Oleh itu, penggunaan jeriji besi seperti yang disarankan akan dapat mengurangkan jumlah kematian disebabkan terperangkap di dalam ruangan kebakaran.

Sumber: friendsofbombamalaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra