Siakap Keli

Bekas Vokalis Kumpulan Popular 90-An Ditahan, Disyaki Miliki Syabu

JOHOR BAHRU, 9 Sept – Seorang penyanyi lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah dadah jenis syabu di kawasan Taman Perling, di sini, malam tadi.

Bekas vokalis sebuah kumpulan popular 90-an itu ditahan kira-kira 11.30 malam bersama seorang lagi rakan lelaki.

Difahamkan, kedua-dua mereka menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 di kawasan terbabit manakala dadah itu ditemuiĀ  di dalam dompet penyanyi berkenaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-duanya positif dadah.

Penyanyi berumur 41 tahun itu pernah didakwa di Mahkamah Majistret di sini beberapa tahun lepas berkaitan dadah dan pernah menyertai sebuah program hiburan realiti.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)