Siakap Keli

Berita Seram: Anjing Liar Yang Disepak Kemudiannya Kembali Bersama Kumpulan Serang Kereta Pelaku

Bagi sesetengah orang membiarkan haiwan dianiaya itu merupakan perkara biasa. Alasan mereka, haiwan ini tidak mempunyai perasaan dan tidak berakal. Mereka lebih menganggap ia satu kepuasan jika mencederakan haiwan.

Lain pula ceritanya apabiola seorang lelaki diganggu oleh sekumpulan anjing liar bertindak untuk membalas dendam.

Sekumpulan anjing liar bertindak balas merosakkan kereta milik seorang lelaki yang bertindak memukul anjing di sebuah tempat letak kereta di kawasan kediamannya.

Kejadian ini berlaku apabila seorang lelaki berang dan bertindak menendang dan menghalau anjing liar itu untuk jauhi tempat letak keretanya. Apa yang mengejutkan, anjing tersebut membawa sekumpulan anjing liar yang lain  datang dan merosakkan kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang jiran yang tinggal di situ. Dalam rakaman tersebut menunjukkan anjing liar itu menggigit bahagian badan kereta berkenaan sehingga kemek.

Ada yang bertindak mematahkan pengelap cermin serta mencakar sekitar badan kereta sehingga bercalar.

Jadi, ia merupakan satu pengajaran untuk sesiapa yang bertindak tanpa memeikirkan perasaan haiwan tersebut. Haiwan juga mempunyai perasaan, cuma mereka tiada akal seperti manusia.

Sumber: Latest Reading 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)