Siakap Keli

(Video) Anak Lembu Mutan Bermuka ‘Seperti Manusia’ Kejutkan Orang Kampung

Seekor anak lembu yang dilahirkan mempunyai wajah seperti manusia mengejutkan penduduk kampung di Villa Ana, Argentina.

Satu klip video yang merakamkan haiwan terbabit oleh warga tempatan kemudiannya dimuat naik ke Youtube.

Bagaimanapun, haiwan yang lahir dengan hidung dan mulut yang kecil itu dirakam mengalami kesukaran untuk mengangkat kepalanya.

Laporan berkata anak lembu yang lahir dengan kecacatan itu mati beberapa jam selepas dilahirkan.

Pakar genetik, Nicolas Magnag0 memberitahu media tempatan bahawa haiwan terbabit mungkin menghadapi mutasi yang jarang berlaku.

https://www.youtube.com/watch?v=JdwYE-bTYsg

Video anak lembu itu ditonton lebih dari 274,000 kali di Youtube lapor Dailymail. Secara kasarnya, video terbabit memaparkan anak lembu tersebut terbaring di atas rumput bersama muka anehnya yang digelar sebagai ‘muka manusia’ oleh penduduk tempatan.

Sumber: DM

Roti Tisu