Siakap Keli
Suara Perak

TERKINI: Sindiket Jual MyKad Kepada Warga Asing, Seorang Penolong Pengarah JPN P. Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

BERNAMA sebentar tadi melaporkan seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad kepada warga asing di negeri itu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Yusaini Amer Abdul Karem.

Menurut agensi berita itu lagi, lelaki berkenaan yang berusia 40-an akan didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan berdepan dengan beberapa pertuduhan.

Lelaki itu didakwa bersekongkol dengan seorang runner lelaki warga tempatan bagi mendapatkan MyKad tulen itu, bagaimanapun kegiatan tersebut terbongkar selepas status status warga asing yang mempunyai Mykad tulen tersebut berjaya dikesan Jabatan Imigresen negeri.

Data yang berada di dalam MyKad warga asing tersebut merupakan milik seorang wanita tempatan yang tidak dikenalinya dan siasatan lanjut ke atas waris warganegara yang mana maklumatnya diklon itu memeberitahu tidak mengenali wanita dari China itu.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.