Siakap Keli
Gambar: Will Cook For Smiles

8 Makanan Harian Kena Elak Sebab Sukar Dicerna

Walaupun sudah diketahui oleh masyarakat umum bahawa pemakanan sangat penting dalam kehidupan manusia, namun masih ada yang mengambil perkara ini sambil lewa. Ternyata, pemakanan yang diambil pada setiap hari dapat memberikan tenaga, namun perlu disedari terdapat banyak makanan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Perkara sebegini jarang difikirkan oleh orang ramai kerana mereka akan berpuas hati sekiranya perut mereka kenyang. Tanpa mereka sedar, makanan yang diambil pada setiap hari berisiko menyebabkan proses pencernaan mereka menjadi lebih sukar. Oleh itu, kami senaraikan beberapa jenis makanan harian yang boleh menyebabkan masalah ini.

Makanan ringan

Makanan ringan sering diambil terutamanya ketika masa lapang seperti menonton televisyen. Sememangnya, makanan ringan mempunyai rasa yang enak sehingga boleh menyebabkan ramai orang ketagih sehingga mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.

Namun, perlu disedari bahawa kebanyakan makanan ringan seperti ubi kentang mengandungi aditif yang boleh memangjangkan jangka hayatnya. Malangnya, kebanyakan bahan kimia itu tidak dapat dicegah dan boleh menganggu lapisan usus sehingga menyebabkan masalah pencernaan.

Gambar: GandengTangan

Serat

Serat seperti yang terdapat di dalam gandum, biji,bijian, buah-buahan dan juga nasi juga dianggap sebagai makanan yang sukar untuk tercerna. Pun begitu, makanan ini sangat penting di dalam kesihatan pencernaan.

Menurut pakar, kedua-dua serat sama ada larut dan tidak larut adalah sangat penting kepada tubuh. Serat yang tidak larut boleh menyebabkan bakteria usus yang sihat manakala serat laurt pula adalah untuk kesihatan jantung.

Produk tenusu

Susu atau produk tenusu yang lain juga merupakan minuman yang diambil pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi. Walaupun begitu, produk tenusu sebenarnya boleh menyebabkan proses pencernaan dalam tubuh badan manusia.

Gambar: Maskulin.com

Pemanis buatan

Pemanis buatan ini digunakan untuk menggantikan gula tetapi perlu disedari bahawa pemanis buatan tidak dapat menyerap sepenuhnya di dalam badan. Walaupun ternyata ia adalah cara yang baik untuk mengelakkan kalori dan aspartame, namun ianya juga boleh memberi kesan negatif terhadap pencernaan.

Jagung

Ternyata jagung yang dimakan kebiasaannya akan kekal dengan bentuknya berikutan mengandungi selulosa yang memerlukan enzim tertentu untuk dicerna. Disebabkan manusia tidak mempunyai enzim, jagung yang dimakan akan melepasi sistem pencernaan tanpa banyak perubahan.

Gambar: Bali Post

Cili belanga

Walaupun isi sayuran ini ternyata mudah untuk dicerna, namun bahagian kulitnya pula terlalu keras dan berserabut untuk proses pencernaan. Akibat itu, manusia akan mengalami sakit perut disebabkan kulit cili yang masih belum tercerna. Oleh itu, lebih baik untuk mengeluarkan kulit cili terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

Gambar: almanac.com

Sumber: Elite Readers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra