Siakap Keli

‘Followers’ Terkejut, Instafamous Maut Kemalangan Turun Dari Cameron Highlands

Dua remaja menemui ajal apabila motosikal yang dinaiki mereka digilis treler selepas dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, petang semalam.

Kedua-dua mangsa yang terjatuh di atas jalan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian apabila treler berkenaan tidak sempat mengelak dan membrek motosikal mangsa yang terbalik di atas jalan.

Susulan itu, tular di media sosial, ahli keluarga seorang daripada mangsa yang meminta supaya semua netizen melaporkan akaun media sosial milik mangsa agar dapat ditutup.

Mangsa yang dikenali sebagai seorang ‘instafamous’ di media sosial, difahamkan mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan sering memuatnaik perkongsian berupa video kepada semua pengikutnya.

Minta semua tolong report IG arwah

Hari ni kita tolong tutup aib orang nanti Allah pula tutup aib kita

Rata-rata netizen yang terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa turut mendoakan agar mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.

Ajal tak mengenal usia

Semoga arwah dalam golongan beriman

Semoga arwah tenang di sana

Kita buat ‘magic’ untuk rakan seagama kita

Sumber : Twitter Elyshatasha

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra