Siakap Keli
Gambar hiasan

Kemelut Jerebu, 29 Buah Sekolah Di Dua Daerah Selangor Akan Ditutup Esok

Kemelut jerebu yang melanda negara kita dilihat semakin bertambah buruk. Bacaan IPU di negeri Sabah dan Sarawak yang dicatatkan semalam telah memasuki ke tahap sangat tidak sihat. Manakala di bahagian semenanjung pula hanya beberapa tempat sahaja yang dicatatkan bacaan IPU yang sangat tidak sihat.

Ianya telah meresahkan pelbagai pihak kerana khuatir jerebu ini akan menyebabkan datangnya penyakit-penyakit serta akan menganggu aktiviti seharian kita.

Pada jam 7.00 malam hari ini pula, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan sejumlah 29 buah sekolah di  Selangor terpaksa ditutup kerana disahkan mencatatkan bacaan IPU yang sangat tidak sihat di beberapa buah di kawasan tersebut.

Pada mulanya sebanyak 5 buah sekolah di daerah Klang sahaja dilaporkan ditutup pada 12 September 2019 (khamis). Namun jumlah tersebut meningkat apabila sejumlah 29 buah sekolah dilaporkan akan ditutup mulai pada hari esok.

Manakala di Pahang pula, sejumlah 16 buah sekolah yang terletak di daerah Rompin pula terpaksa ditutup hari ini kerana sebab yang sama. Antara sekolah-sekolah yang di arah tutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gemok, SK Pontian, SK Kampong Kolam, SK Chenderawasih, SK Leban Chondong, SK Rompin, SK Sungai Puteri dan SK Sarang Kedaik.

Selain dari itu ialah, Turut ditutup ialah SK Sarang Tiong, SK Pianggu, SK Janglau, SK (Felda) Selendang 1, SK (LKTP) Selendang 4, SK LKTP) Keratong 8 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rompin.

Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 10 malam semalam mencatatkan bacaan 204 iaitu tidak sihat. Namun sehingga jam 5 petang tadi, bacaan IPU di Rompin menurun kepada tahap sederhana iaitu 97.

Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia/Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.