Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

”Apakah Permaisuri Berduka Dengan Respon Kurang Sopan?”, Netizen Terkejut, Sedih Permaisuri Tutup Akaun Twitter

Seperti yang kita ketahui Tuanku Permaisuri Agong terkenal dengan sifatnya yang berjiwa rakyat. Sehinggakan terkadang kita terlupa bahawa Tuanku adalah Permaisuri Agong bagi negara kita yang berdaulat ini. Ini kerana sejak kebelakangan ini, Tuanku dilihat aktif di media sosial bagi berkongsikan pandangan seorang Permaisuri Agong semasa membuat lawatan-lawatan rasmi di beberapa buah negara.

Pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku ini banyak mendapat pujian malah disenangi netizen-netizen di media sosial. Pelbagai kerenah Tuanku Baginda Agong dirakamkan dan dikongsikan di media sosial milik Tuanku Permaisuri Agong. Setiap kali perkongsian dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong menerusi akaun Twitternya, pasti akan tular kerana disukai oleh pengguna-pengguna media sosial.

Namun begitu, semakan di media sosial sebentar tadi mendapati bahawa akaun Twitter milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui. Ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu telah membuatkan ramai netizen di media sosial berasa sedih.

Berikut adalah respon-respon yang diluahkan oleh pengguna media sosial terhadap ketiadaan akaun Tuanku Permaisuri Agong:

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.