Siakap Keli
Gambar: Bernama

KITKAT Lancar Coklat Sempena Merdeka, Hari Malaysia

PETALING JAYA, 13 Sept (Bernama) — Jenama coklat konfeksi terkenal di Malaysia, KITKAT dan kedai KITKAT Chocolatory meraikan ulang tahun ketiganya dengan pelancaran perisa terbaru yang berinspirasikan cita rasa rakyat Malaysia sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

KITKAT Chocolatory pada musim ini memperkenalkan perisa berasaskan sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti KITKAT Roti Canai dan Kari, Kopi dan Kaya, Nasi Lemak serta Cendol Durian.

KITKAT edisi terhad ini dihasilkan secara eksklusif di Kedai Pop-Up Sunway Pyramid bermula semalam sehingga 6 Okt ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Konfeksi, ASEAN, Nestlé (Malaysia) Berhad, Sachin Goel berkata KITKAT mahu mencipta sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

“Maka terhasil lah KITKAT Roti Canai dan Kari dan perisa lain yang berinspirasikan cita rasa Malaysia yang dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik yang hanya boleh didapati di kedai Chocolatory KITKAT kami,” katanya pada pelancaran perisa baharu itu, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Juan Aranols berkata Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian yang ditonjolkan melalui makanannya yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya dan tradisi.

KITKAT Chocolatory turut memperkenalkan pelbagai perisa lain seperti Onde-Onde, Rose Bandung, Apam Balik and Ais Kacang dan pelbagai perisa inspirasi daripada kuih bulan seperti Kacang Merah, Pandan, Telur masin, Tiramisu and Snowskin Durian.

Maklumat mengenai KITKAT edisi khas cita rasa Malaysia boleh didapati di https://www.nestle.com.my atau  https://www.facebook.com/KITKATMalaysia/

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa