Siakap Keli
BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Saya ”Deactivate” Bukan Sebab Komen-Komen Tu”, Permaisuri Agong Kongsi Punca Nyah Aktif Twitter

Kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktif akaun Twitter miliknya, @cheminahsayang.

Warga maya rata-rata percaya bahawa tindakan tersebut merupakan akibat daripada beberapa komen negatif dan biadab individu tertentu terhadap perkongsian baginda di laman Twitter.

Berikutan itu, warga maya membanjiri Twitter dengan tanda pagar #AmpunTuanku untuk memohon baginda kembali berinteraksi bersama mereka di laman tersebut.

Terbaru, anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafizatullah Sultan Abdullah berkongsi paparan skrin mengandungi penjelasan baginda terhadap tindakan menyahaktif akaun miliknya – ia bukan kerana komen biadap tersebut.

Dalam paparan skrin berkenaan, Tuanku Permaisuri memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang laporan kepada pihak polis.

Sebaliknya, baginda mengatakan bahawa beliau menyahaktif atas sebab peribadi.

“Tolong.. saya menyahaktif akaun bukan sebab kecewa, sakit atau marah dengan komen mereka. Saya langsung tak baca mahupun sedar akan kewujudan komen-komen tersebut.

“Ia tiada kaitan dengan komen tersebut.. Saya ada sebab peribadi sendiri. Tolong jangan buat sebarang laporan polis,” kata baginda melalui komen Instagram seperti dikongsikan oleh anakanda baginda di Twitter.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia  (PDRM) telah menerima satu laporan polis berkenaan komen kurang sopan terhadap institusi diraja.

Sumber: Tengku Afzan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.