Siakap Keli
Gambar hiasan

Selalu Alpa, Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna ”Cotton Bud” Cuci Telinga Anak Kecil

Putik kapas atau cotton bud adalah sejenis alat yang digunakan untuk membersihkan telinga. Ianya banyak digunakan oleh golongan dewasa malahan ada ibu bapa yang menggunakannya pada bayi mereka.

Namun tahukah anda bahawa, putik kapas ini tidak bagus digunakan untuk mengorek telinga sebenarnya. Ada teori yang menyatakan bahawa semakin dikorek menggunakan putik kapas itu, semakin ke dalam tahi telinga itu akan ditolak. Dan secara tidak langsung ianya akan menyekat saluran telinga.

Hari ini pihak KKM ada menyatakan tentang kesan negatif yang berlaku akibat daripada penggunaan putik kapas ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh KKM seperti berikut:

Kebanyakkan kita menggunakan putik kapas atau cotton bud untuk mengorek telinga apabila terasa gatal atau kurang selesa.

Hentikan kerana penggunaan putik kapas akan memudaratkan lagi telinga.

Begitu juga bila anak-anak kita sakit telinga, jangan sesekali mengorek guna putik kapas atau menghembus kuat dalam telinga.

Ingat, telinga hanya perlu dibersihkan di bahagian luar sahaja tak perlu mengorek sampai ke dalam telinga.

Gambar: KKM

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.