Siakap Keli

5 Cerita Di Sebalik Secawan Kopi, Nombor 3 Akan Buat Korang Termalu Sekali

Kata Savi Sharma, “Setiap orang mempunyai cerita tersendiri sama ada tertulis di dalam buku atau terbuku di dalam hati.”

Setiap kisah yang berbeza memberi pengajaran yang tersendiri. Kali ini, kami akan kongsikan 5 kisah santai di sebalik secawan kopi untuk menemani hari anda. Jom baca!

1. Orang Yang Marah Selalu Rugi

Ting! Papan LED di kafe itu menunjukkan angka giliran 0321. Masih ada 6 orang beratur di hadapan Adya. Taklah ramai mana, tapi dia rasakan masa menunggu lebih lama dari biasa. Dah 20 minit dia menunggu.

“Kenapa lama sangat? Bancuh air je pun,” omel seorang wanita sambil terjenguk-jenguk ke hadapan barisan.

Tak terhenti di situ, dia cuba menarik perhatian dengan meninggikan suara, membuatkan orang lain terganggu.

“Kalau korang lambat sangat buat kerja, aku pergi sekarang dan bagi review buruk kat kafe ni,” kata wanita itu kepada barista separa menjerit.

“Maaf puan, mohon bersabar, kami cuba yang terbaik untuk siapkan pesanan pelanggan terawal dahulu,” kata salah seorang barista, tenang.

Geram kerenahnya tidak dipenuhi, wanita itu pergi dari situ dengan wajah mencuka. Lelaki di hadapan sekali kelihatan serba salah dan memohon maaf kepada orang ramai di belakangnya.

Tak lama kemudian, lelaki itu pergi dengan membawa beberapa cawan minuman, mungkin untuk rakan-rakan sepejabatnya. Serba salah buatkan orang lain ternanti-nanti, dia membayar sejumlah wang minuman bagi semua pelanggan yang beratur selepasnya.

“Kalaulah auntie tadi sabar menunggu.. ” fikir Adya di dalam hati sambil meneguk IT’S Teh Tarik Gula Melaka percuma.

“Sedapp.”

2. Cafephobia

Hujan renyai-renyai malam ini. Alex meneguk kopi segera IT’S Long Black coffee dalam cawan kertas berwarna merah. Melihat air bersisa di dalamnya, lelaki itu tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepala.

Hari ini, tamat sesi persekolahan, Alex pulang ke rumah dan mendapati semua ahli keluarganya belum pulang. Disebabkan dahaga, dia terus ke dapur dan menuang lebihan kopi, minuman harian keluarganya ke dalam cawan.

“Ni mesti kopi tengah hari tadi. Dah sejuk. Ah, tak apalah,” katanya di dalam hati.

Sambil meneguk minuman itu, rasa bosan menjengah fikirannya. Tiba-tiba, dia terpandang bekas gula dan mendapat satu idea nakal.

Dia mengambil garam kasar lalu mencampurkannya ke dalam bekas tersebut. Dia tahu risiko kenakalannya, tapi.. saja.

Malam itu, Alex dan adik beradiknya menonton televisyen di ruang tamu. Sesekali langsir terselak ditiup angin luar menandakan hujan akan turun. Kedua-dua ibubapa mereka pula sedang mengopi di dapur seperti hari-hari lainnya.

Gambar hiasan. (Kredit: Gracea Campbell)

Tiba-tiba, kedengaran suara si ayah memanggil seorang demi seorang ke dapur. Suara tegas bekas tentera itu jelas menunjukkan sesuatu yang menakutkan akan berlaku.

Abang, kakak dan adiknya telah dipanggil untuk soal siasat, mereka semua tidak mengaku menjadi dalang di sebalik kopi masin itu. Kini giliran Alex. Disebabkan semua orang telahpun menafikan, dia tiada jalan untuk berhelah.

Dia menghulurkan tapak tangan, sedia untuk dirotan. Namun si ibu menghulurkan satu mug kopi kaw untuknya. Eh?

“Minumlah,” kata si ibu. Alex teragak-agak, tapi kerana ketakutan, dia terus meneguk kopi tersebut.

“Bluerkk!” Kembang tekaknya. Nyaris termuntah. Dia memandang ayah dan ibunya untuk meminta simpati.

“Habiskan. Kamu mesti bertanggungjawab,” ujar si ayah, tegas.

Malam itu merupakan mimpi ngeri baginya. Habis kosong perut selepas memuntahkan kopi diminumnya. Serik.

Sejak hari itu, bau sahaja kopi, dia akan merasa loya dan kembang tekak. Dia berjanji itu kopinya yang terakhir. Sehinggalah dia menemui kopi yang sedang dipegangnya itu. Nostalgik.

3. “Itu Air Saya”

Anis pergi ke perhentian bas seorang diri sambil memegang kopi IT’S Cappucino with Choco Topping yang baru dibelinya. Bosan menunggu bas sendirian, dia melayari media sosial. Refresh, refresh, tiada berita baru.

Seorang lelaki datang kemudian duduk di sebelah kanannya sambil menatap telefon pintar. Masing-masing khusyuk dengan gajet sendiri.

Tiba-tiba, dari ekor mata, Anis terlihat lelaki itu meneguk kopi dari cawannya.

“Biar betul mamat ni, tak malu minum air aku,” kata Anis dalam hati. Setelah mengumpul keberanian, Anis menegur lelaki itu.

“Encik, maaf, tu air saya,” kata Anis.

Lelaki itu mengangkat wajah dengan kehairanan, ditenungnya Anis atas bawah kiri kanan lalu berkata,

“Ouh, kalau macam tu, kopi sebelah kiri awak tu siapa punya?”

“???”

Gambar hiasan.

4. Jar of life

Dewan kuliah yang bising menjadi sepi apabila melihat seorang pensyarah melangkah masuk dengan membawa beberapa barang di tangannya; bola tenis, bola pingpong, batu kerikil, serbuk kopi dan dua buah balang. Pelik.

Sambil diperhatikan para pelajar, dia memasukkan serbuk kopi, diikuti batu kerikil, bola pingpong dan bola tenis ke dalam balang yang dibawanya.

“Saya ingin kalian lihat, adakah balang ini masih ada ruang kosong?” katanya sambil mengangkat tinggi bekas tersebut.

“Ya, masih ada ruang kosong antara bola tu,” jawab beberapa pelajar.

Kemudian, pensyarah itu mengisi balang kedua dengan bola tenis, bola pingpong, batu kerikil dan diakhiri dengan serbuk kopi lalu bertanya soalan sama kepada pelajarnya.

“Masih ada ruang kosong?”

“Mampat prof.”

Sambil tersenyum, pensyarah itu menjelaskan, “Beginilah kehidupan.”

“Kalau kita asyik utamakan benda kecil, kita akan sukar untuk fokus perkara besar seperti mana saya tekan bola ke dalam bekas yang dipenuhi serbuk kopi dan batu kerikil tadi.

“Tapi, bila saya memasukkan bola ke dalam balang terlebih dahulu, saya boleh memasukkan serbuk kopi dan penuhi ruang di dalam balang dengan mudah.

“Bila kita fokus perkara penting, perkara kecil akan menyusul. Hidup akan lebih mudah,” kata pensyarah disusuli anggukan pelajar.

5. Tak perlu kaya untuk bahagia

Dah lima bulan bergraduasi, Aiman masih mengganggur walaupun telah beratus resume dihantarnya. Atas nasihat bapanya, dia mengambil keputusan belajar sesuatu yang baru, yang tidak pernah dia lakukan sebelum itu.

Setiap kali hujung minggu, dia akan membeli dua cawan kopi untuk dirinya dan orang lain. Dia ingin mendekati individu dari pelbagai latar belakang di kampungnya untuk mempelajari sesuatu dari setiap orang yang ditemuinya.

Suatu hari, dia terlihat seorang lelaki menemani anaknya bermain di padang. Dia mendekati si bapa dan memberi secawan kopi kepada lelaki itu dan mengajaknya berbual.

“Seronoknya dorang bermain,” kata Aiman, terhibur melihat telatah mereka.

“Budak-budak, tak ada masalah nak difikir,” kata si bapa tersenyum ke arah anaknya yang sedang berlari-lari menuju ke arah mereka berdua.

Kebetulan, ada sebungkus gula-gula di dalam poket Aiman. Dia menghulurkannya kepada kanak-kanak tadi.

“Yeay, dapat gula-gula! Terima kasih pakcik,” ujar kanak-kanak itu riang.

Gambar hiasan. (Kredit: Flickr/Dave_S)

“Mudah terhibur,” fikir Aiman dalam hati sambil tersenyum melihat kanak-kanak tersebut yang tersenyum hingga ke telinga.

Ketika itu, Aiman sedar; untuk bahagia tak semestinya memerlukan harta yang banyak. Cukup dengan mensyukuri apa yang kita ada, seperti kanak-kanak tadi yang cukup gembira hanya kerana satu gula-gula.

Kebahagiaan bermula dari dalam diri kita sendiri.

IT’S with you,” fikirnya sambil menghirup sisa IT’S Matcha Latte dengan Nata de Coco miliknya.

Oh ya, bercerita tentang kopi, apa kata korang cuba IT’S Series yang terbaru?

Jangan risau, IT’S Series ni didatangkan dengan 5 perisa baru yang bukan semata-mata kopi, tapi ada minuman lain untuk korang yang kurang minum kopi.

Kalau korang ‘hantu kopi’, korang wajib cuba IT’S Flat White Extra Shot, Cappucino Choco Topping dan Long Black Extra Shot.

Bagi yang tak berapa minum kopi pula, Teh Tarik Gula Melaka dan Matcha Latte Nata de Coco mesti akan buatkan korang jatuh hati. Yummy!

Sudahlah sedap, harga pula cukup murah berbanding kopi lain iaitu RM 4.80 sahaja!

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan IT’S Series di Shopee dan mana-mana cawangan 7-Eleven berhampiran anda. Dann, sekarang ni ada promosi BELI 10 PERCUMA 2 tau kat Shopee. Jangan lepaskan peluang!

Korang juga boleh jenguk Facebook dan Instagram rasmi IT’S Series. Manalah tahu IT’S akan buat promosi atau bagi hadiah kat korang macam mereka yang bertuah ni.

IT’S with you.

Amira

Love yourself.