Siakap Keli
Gambar: FB

(Gambar)” Kami Sedut Ni, Udara Jerebu Yang Paling Bahaya”, Bomba Dedah Situasi Semasa Ketika Padam Kebakaran Hutan

Pengorbanan seorang anggota badan beruniform dalam menjalankan tugas seharusnya dipandang tinggi kerana tugasan yang selalunya dihadapi oleh mereka selalunya mempunyai risiko yang tinggi. Kita sebagai orang awam perlulah sentiasa bersyukur atas penat lelah anggota-anggota badan beruniform ini kerana apa saja arahan yang diterima dalam melakukan tugasan, mereka mematuhinya demi menjaga keselamatan serta keamanan orang awam dan negara.

Kita sudah sedia maklum bahawa tugas seorang anggota bomba adalah melawan kebakaran serta menyelamatkan nyawa tidak kira sama ada nyawa manusia mahupun haiwan. Di musim jerebu ini, banyak titik titik panas dikesan dan ianya telah mengakibatkan hutan belantara terbakar.

Para anggota bomba ini telah dikerahkan untuk memadam kebakaran hutan yang diberi nama Ops Camar yang berlaku di negeri Sarawak. Sejurus menerima arahan, mereka pergi ke dalam hutan dengan meninggalkan keluarga tercinta demi menjalankan tugas. Oleh itu, kita sebagai orang awam perlu sentiasa menyanjungi pengorbanan yang dilakukan oleh anggota beruniform di negara kita ini. Ikuti luahan yang dikongsi oleh seorang anggota bomba yang bernama Nasi Kerabu Abe Mat dalam melawan kebakaran hutan yang terjadi baru-baru ini seperti berikut:

Kami mandi ini bukan lah kerana kami ingin berhibur mandi manda..tetapi kami mandi kerana membuang bahang panas yang mendakapi ditubuh kami..udara yang kami sedut bukan lah udara yang bersih ..tetapi udara kami sedut ini adalah udara jerebu yang paling bahaya di lokasi kebakaran terkini.

Di sini kami berjuang menentang kebakaran tanah Gambut yang membarak hutan tanpa henti..tanpa kami ingati apa-apa ketika ini..yang pasti di fikiran kami adalah supaya kebakaran ini dapat kami kawal dan padamkan sepenuhnya…dengan doa-doa masyarakat semua kepada kami.

Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB

Nampak macam malam di tempat kami beroperasi ini. Tetapi jam di tangan kami baru jam 2 petang….kami bukan pegang senjata yang berpeluru..tetapi kami pegang nozel yang berpelurukan air.

Panas ini umpama kawan bagi kami akan tetapi panas ini juga lah musuh kami yang sebenarnya.

Kebakaran seperti ini kami tak undang akan tetapi kebakaran ini juga mengeratkan lagi silaturrahim antara kami di sini..perit..pahit..sakit..gembira tawa semua itu kami mesrakn dengan gelak di hati dengan semarak setia kawan sehingga kebakaran ini dapat di padam kan sepenuhnya..Aminn

Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB

Sumber: Nasi Kerabu Abe Mat

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.