Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Rupanya Boleh Guna Duit KWSP,EPF Untuk Labur Dalam Unit Amanah, Begini Caranya

Pengurusan kewangan yang baik amat penting untuk kemudahan masa hadapan terutamanya apabila telah bersara nanti.

Salah satu cara untuk menyimpan sambil melabur adalah dengan menyertai Unit Amanah.

Seorang penasihat hartanah, Harith Faisal berkongsi caranya jika anda ingin menyimpan duit KWSP atau EPF ke dalam Unit Amanah. Jom baca perkongsian beliau.

Ramai betul yang tak tau pasal ni. Duit dalam akaun 1 KWSP/EPF kau tu boleh dilaburkan dalam Unit Amanah (Unit Trust).

Kau boleh jumpa mana-mana konsultan unit amanah, dorang akan guide sampai setel. Kat sini saya cuma nak share cara untuk kau kira sendiri berapa kelayakan kau.

Formula Kira Kelayakan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

Mulai 1 Januari 2019, telah ditetapkan RM240K sebagai amaun minimum ahli KWSP perlu ada bila capai umur 55 tahun.

Simpanan asas ni dah ditetapkan ikut umur kau supaya kau boleh ada paling kurang RM240K pada umur 55 tahun nanti.

Makin kau tua, makin tinggi simpanan asas. Contoh simpanan asas untuk umur 25 tahun adalah RM18K. Umur 30 tahun, RM35K.

Katakan umur kau 30 tahun dan kau ada RM60K dalam akaun 1. Umur tu kena kira ikut tarikh lahir tau. Simpanan asas RM35K.

Contoh kiraan:
(RM60,000 – RM35,000) x 30% = RM7,500

Jadi, kau layak untuk melabur maksimum RM7,500 dalam unit amanah. Minima RM1,000. Kalau dah kira dan kau tak layak, kau boleh melabur guna duit tunai sendiri.

Bagi memudahkan pengiraan, anda juga boleh menggunakan kalkulator ini.

Kredit: Harith Faisal
Kredit: Harith Faisal
Kredit: Harith Faisal

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.