Walaupun berbeza lapisan umur, kebanyakan masyarakat pernah menikmati minuman Yakult yang dipercayai baik untuk kesihatan tubuh badan. Dengan mempunyai rasanya yang tersendiri, minuman jenis probiotik seperti yogurt ini membuatkan ramai orang yang mengalami ketagihan terhadapnya. Mana tidaknya, sebotol kecil Yakult pastinya tidak dapat memuaskan hati disebabkan kuantitinya yang sedikit.

Disebalik itu, sedarkah anda bahawa minuman ini tidak dijual dalam botol yang besar? Sejak awal sehingga kini, minuman Yakult hanya dijual dalam saiz botol mini dan kebiasaannya dibungkus lima botol dalam satu pek.
Mengandungi bakteria
Setiap minuman Yakult yang dibungkus pada botol kecil (65 ml) mengandungi lebih daripada 6.5 bilion bakteria baik Lactobacillus casei Shirota strain yang dapat memberi kebaikan kepada tubuh badan manusia. Pun begitu, bakteria ini tidak sesuai untuk diambil secara berlebihan oleh badan manusia. Sekiranya seseorang itu menikmati minuman Yakult melebihi paras harian yang betul, ianya akan menyebabkan ketidak-seimbangan yang mengakibatkan senak perut.

Faktor kebersihan
Faktor mengapa minuman Yakult dibungkus dalam botol yang kecil adalah supaya orang yang meminumnya dapat menghabiskan dalam masa yang singkat. Jadi, ianya tidak perlu disimpan lagi sehingga boleh menyebabkan kebersihan minuman itu terjejas.
Seperti sedia maklum, botol Yakult dibina bersama penutup aluminium yang sekiranya dibuka, ianya sudah tidak dapat ditutup lagi. Selain itu, ia juga dapat memastikan kualiti minuman tersebut kekal.
Kebiasaannya dibungkus lima botol sehari
Setiap pek Yakult yang dijual di kebanyakan pasaraya mengandungi hanya 5 botol mini air. Sebab disebaliknya adalah, ia dibuat supaya pengguna boleh berkongsi dengan orang lain dan pengambilannya adalah secara minimum, satu botol untuk satu hari.
Sumber: Goodyfeed.com