Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jenis Darah Jarang Jumpa
Gambar: BERNAMA
6 Jenis Darah Jarang Jumpa Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Hannah

6 Jenis Darah Jarang Jumpa Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Umum diketahui, kebanyakan daripada kita hanya mengenali kumpulan darah utama seperti A, B, AB dan O.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis kumpulan darah yang sangat jarang ditemui di Malaysia? Malah, kumpulan darah jarang jumpa ini sukar ditemui, biasanya nisbah 1 dalam 1,000 populasi.

Apa itu kumpulan darah jarang jumpa?

Kumpulan darah jarang jumpa merujuk kepada jenis darah yang sangat sedikit dimiliki oleh manusia.

Individu yang mempunyai darah ini biasanya hanya boleh menerima darah daripada penderma yang sama jenis, kerana perbezaan antigen dan antibodi dalam darah boleh mencetuskan reaksi berbahaya.

Sebab itu, pendermaan darah daripada individu yang memiliki kumpulan darah jarang jumpa amat penting untuk menyelamatkan nyawa pesakit lain yang sejenis.

Contoh kumpulan darah jarang jumpa

Antara jenis kumpulan darah yang jarang ditemui termasuk:

  • Bombay (Oh)

  • -D- / -D- (Rh-null)

  • Jka-b-

  • Fya-b-

  • Para-Bombay

Individu dengan jenis darah ini tidak boleh menerima darah biasa, kerana tubuh mereka akan menganggap darah lain sebagai bahan asing dan menyerang sel darah tersebut.

Apa pula darah "Rh17"?

Selain itu, terdapat satu kumpulan darah yang sangat ganjil dan jarang ditemui di Malaysia, dikenali sebagai Rh17.

Namun, sebahagian kecil etnik Bidayuh di Sarawak dikenal pasti memiliki jenis darah ini, kongsi Bank Darah Hospital Umum Sarawak.

Difahamkan, individu yang memiliki kumpulan darah ganjil seperti Rh17 hanya boleh menerima darah daripada penderma yang mempunyai kumpulan darah yang sama.

Sekiranya pesakit menerima darah daripada kumpulan lain, risiko reaksi darah akut yang boleh mengancam nyawa akan berlaku.

Jelas Bank Darah Hospital Umum Sarawak, darah seperti “Rh17” diklasifikasikan sebagai darah ganjil atau “rare blood”.

Ia merupakan kumpulan darah penuh yang tidak mengandungi antigen dan antibodi tertentu, yang menjadikannya sangat unik dan berbeza.

Kebanyakan darah ganjil ini juga termasuk dalam kategori darah negatif (-), tidak seperti darah biasa yang lazimnya bersifat positif (+).