Siakap Keli

”Kami Cuai Sekali Lagi Tahun Ini”, Respon Presiden Jokowi Mengenai Kemelut Jerebu

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengaku bahawa kerajaannya cuai dalam menangani isu kebakaran hutan yang berlaku sejak dari tahun 2015 sehingga telah menyebabkan jerebu di negara itu serta negara yang berdekatan dengan rantau negara tersebut, lapor Mongabay.

Kebakaran yang terjadi pada tahun ini berpunca daripada pembakaran yang dilakukan untuk membersihkan tanah pertanian. Kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 340,000 hektar (840,000 ekar) kawasan sehingga 31 Ogos yang lalu. Keluasan kawasan tersebut dianggarkan seperti 1/3 daripada negara Jamaica.

“Menjelang musim kering ini, semua pihak seharusnya telah bersiap sedia, namun kami cuai sekali lagi pada tahun ini, berikutan dengan itu jerebu semakin teruk,” ujarnya.

Menerusi mensyuarat yang diadakan di Jakarta pada Julai lalu, dia telah mengingatkan kepada para pegawai akan pentingnya langkah pencegahan dalam mengawal kebakaran sekiranya kebakaran tersebut sudah memasuki fasa tidak boleh dikawal”.

“Ini kerana, berdasarkan daripada pengalaman kami, jika kebakaran berlaku terutamanya di tanah gambut, ianya agak sukar untuk dipadamkan”. Katanya lagi.

Widodo juga turut berdukacita akan kegagalan pihak-pihak yang berkaitan seperti polis dan tentera dalam mengambil tindakan pantas untuk menangani isu ini.

“Kita memiliki bermacam-macam alatan, namun begitu alatan ini tidak diaktifkan secara baik,” katanya.

“Jika tidak, saya yakin bahawa kita pastinya dapat mengesan titik api dengan lebih awal sebelum ia menjadi ratusan titik api. Dan saya sudah mengingatkannya banyak kali. Apa yang kita sedang hadapi ini bukannya kebakaran hutan, akan tetapi kebakaran tanah gambut, dimana jika ianya telah terbakar, guna sejuta liter air pun, ianya masih sukar untuk dipadamkan.”

Sumber: Mongabay

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.