Siakap Keli
Kredit: The Denver Council of Governments/Wired.com

Stress, Kenapa Asyik Tersangkut Berturut-turut Pada Setiap Lampu Isyarat Merah? Ini Puncanya

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dengan tergesa-gesa, anda bangun bersiap dan terus memecut kenderaan membelah jalanraya menuju ke tempat kerja.

Masa dirasakan bergerak pantas dan kenderaan di depan seolah-olah terlalu perlahan. Lebih merunsingkan, hampir kesemua lampu isyarat bertukar merah setiap kali anda tiba ke persimpangan.

Situasi ini pasti pernah anda lalui jika terlewat ke sesuatu tempat. Apa yang peliknya, kenapa setiap kali tersangkut pada lampu isyarat merah, anda cenderung tersangkut pada lampu seterusnya? (Dan begitu juga sebaliknya dengan lampu isyarat hijau)

Ini sebabnya.

Lampu isyarat diprogramkan supaya perjalanan trafik dan pemanduan lancar tanpa perlu berhenti di setiap lampu isyarat jika memandu pada kelajuan optimum.

Jika anda memandu pada kelajuan optimum iaitu kira-kira 60 hingga 80 kilometer sejam di jalan biasa, anda mungkin mengalami dua situasi samada sering tersangkut pada lampu merah atau sentiasa lancar dengan isyarat hijau jika melalui jalan utama.

Kenapa?

Kitaran lampu isyarat. (Kredit: All About Circuits)

Koordinasi masa signal trafik diprogramkan berdasarkan keadaan trafik sesebuah jalan.

Dalam setiap kitaran lampu dari hijau, kuning, merah dan hijau kembali, sebanyak 2/3 masa lampu hijau akan dikhususkan kepada jalan utama di satu-satu simpang berbanding jalan yang lebih kecil.

Hal ini disebabkan kebiasaan jalan utama lebih besar dan sesak berbanding jalan lebih kecil yang hanya diperuntukkan 1/3 daripada fasa lampu hijau berkenaan. (rujuk gambar di atas; Busy Bunny Lane merupakan jalan utama, Lazy Tortoise Ave mewakili jalan kecil)

Kredit: Highway Code

Selain itu, setiap lampu isyarat mempunyai clearance time di mana semua lampu bertukar merah untuk beberapa saat. Sistem ini memberi masa kepada kenderaan untuk ‘mengosongkan’ simpang sebelum memberi giliran kepada kenderaan dari arah lain pula.

Namun, masih ada kenderaan yang melintas ketika clearance time menyebabkan kenderaan lain terpaksa menunggu sehingga simpang benar-benar kosong sebelum mula bergerak.

Selain itu, pemandu kebiasaannya mengambil masa beberapa saat untuk mengubah gear setelah lampu isyarat bertukar hijau.

Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan anda tersangkut kerana tersasar dari timing sistem lampu isyarat.

Sumber: The Denver Regional Council of Governments

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.