Siakap Keli

Terkini: (Jerebu) Semua Sekolah Awam Dan Swasta Di Selangor Diarahkan Tutup Bermula Esok

Berikutan cuaca jerebu yang semakin teruk melanda negara Malaysia, banyak sekolah di beberapa tempat telah ditutup kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan pelajar.

Terbaru, melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor telah mengarahkan semua sekolah awam dan swasta di dalam Negeri Selangor ditutup bagi sesi persekolahan mulai 19 September 2019 (Khamis) sehingga 20 September 2019 (Jumaat).

Arahan ini dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan kesihatan dan keselamatan pelajar terjejas. Penutupan sementara ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas terutamanya ketika menjalani proses pembelajaran di sekolah.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan kadar segera.

Sumber: Pengurusan Bencana Selangor Upbn

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....