Siakap Keli

Gara-gara Buka Pintu Kereta Atas Jalan, Gadis Dikecam, ‘Rider’ Motor Tergolek

Kemalangan jaya raya merupakan satu perkara yang sangat hendak dielakkan oleh pengguna terutamanya yang menunggang motorsikal. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan kenderaan, tetapi turut boleh menyebabkan kecederaan malah turut berisiko menyebabkan kematian.

Sikap pengguna jalan raya juga menjadi salah satu faktor berlakunya kemalangan. Kecuaian atau sikap ambil lewa terhadap keselamatan pengguna boleh menyebabkan ramai orang tercedera. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes  yang melibatkan motorsikal kemalangan akibat daripada sikap pemandu atau penumpang kereta yang membuka pintu sesuka hati.

Terbaru, tular satu rakaman yang memaparkan kes terbaru sebuah motorsikal terjatuh apabila seorang pemandu kereta membuka pintu kereta di tengah-tengah jalan raya.

Akibat daripada perselisihan tersebut, motorsikal berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas dihadapan.

Kemalangan seperti ini telah banyak kali dilaporkan berlaku. Sikap cuai segelintir pemandu dan penumpang yang membuka pintu sesuka hati menyebabkan ramai yang menjadi mangsa.

Rata-rata warganet juga menyuarakan rasa tidak berpuas hati mereka dengan tindakan pemandu tersebut yang tiba-tiba sahaja membuka pintu keretanya.

“Tengah jalan raya kenapa tiba-tiba nak buka pintu kereta”

“Lahai tiba-tiba bukak pintu dah kenapa. Jap lagi ada la yang kata motor bawak laju la apa la”

“Minta simpang la benda-benda begini. Jadi manusia usahalah bijak sikit”

“Dia buat biasa-biasa ja lepas owner motor tu tergolek”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.