Siakap Keli
FOTO: ISTANA NEGARA

Momen Manis Raja Permaisuri Agong Kongsi Surah Yasin Bersama Tun Siti Hasmah Buat Netizen Terharu

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara semalam.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 7.10 malam disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara,Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang diketuai Syaikh Ismail.

Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya berkenan menunaikan solat isyak yang diimamkan Syaikh Ismail sebelum meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah, dan kemudiannya berangkat meninggalkan majlis pada jam 9 malam.

Dalam pada itu, satu momen ‘sweet’ antara Raja Permaisuri Agong dan Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah kongsi buku Surah Yasin ketika majlis bacaan yasin sedang berlangsung tarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji dan ada di antara mereka merasakan ia adalah satu momenyang paling indah untuk rakyat Malaysia.

“Sweet kedua-dua permata hati…”

“Kesayangan Malaysia”

“Terasa disayangi pulak tengok Tuanku Permaisuri begini”

“Sangat terharu”

Sumber: Istana Negara, Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)