Siakap Keli

Selalu Beri Burger Lebih Masa Ronaldo Hidup Susah Di Portugal, CR Cari Perempuan Nama ‘Edna’

Sekiranya berbicara mengenai sukan bola sepak, nama Cristiano Ronaldo sudah pasti tersemat di dalam fikiran setiap peminat sukan ini. Apa tidaknya, kelincahan dan kebijaksaannya ketika berada di atas padang bola telah menjadi bualan di seluruh pelusuk dunia.

Kejayaannya di dalam sukan bola sepak bagaimanapun telah melonjakkan namanya sehingga dikenali di serata dunia. Namun begitu, dia tidak pernah melupakan individu-individu yang pernah membantunya ketika menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak yang susah suatu ketika dahulu. Perkara ini dilihat menerusi usahanya yang ingin mencari beberapa orang individu yang pernah membantunya ketika tinggal di Lisbon.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh ESPN UK itu, Cristiano Ronaldo sedang berusaha untuk mencari seorang gadis yang dikenali sebagai Edna dan dua orang lagi gadis yang pernah membantunya ketika bergelar pemain muda di Lisbon.

Ketika lewat malam sekitar 10.30 atau 11, kami berasa sedikit lapar. Jadi, kami pergi ke McDonald berdekatan dengan stadium yang kami tinggal itu. Kami sentiasa pergi ke pintu belakang dan mengetuk pintu berserta soalan “Hai, masih ada burger yang tinggal”

Edna dan dua gadis yang lain, mereka sangat sukar dilupakan. Saya tidak pernah berjumpa mereka lagi selepas itu. Saya ada bercakap dengan beberapa orang di Portugal untuk cuba mencari keberadaan mereka, kerana saya tidak dapat menjejaki mereka.

Berdasarkan kenyataan itu, Ronaldo mencari beberapa orang gadis yang membantunya mendapatkan makanan pada lewat malam. Dia juga berharap agar dapat bertemu dengan mereka dan sangat berbesar hati untuk menjemput mereka ke rumah bagi sesi makan malam bersama saya.

Saya mahu mencari gadis-gadis tersebut. Bagi membalas kembali kebaikan mereka kerana saya sangat menghargainya. Saya tidak pernah melupakannya.

Usaha untuk mencari gadis-gadis berkenaan dilihat sebagai satu langkah murni yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo yang sangat mengenang budi terhadap sesiapa yang pernah membantunya ketika berada dalam kesusahan.

Sumber: ESPN UK

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.