Siakap Keli
Kredit: Afshashi/Ammar Rosdi

(Video)”Jambatan ‘To Nowhere'” Seram, Netizen ”Share” Hujung Jambatan P.Pinang Hilang Ditelan Jerebu

Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), jerebu di kebanyakan negeri di Malaysia masih berada pada tahap tidak sihat dengan jarak penglihatan yang terhad.

Sebanyak 1,484 sekolah ditutup di tujuh negeri akibat peningkatan bacaan IPU daripada sederhana kepada tahap sangat tidak sihat sehingga mencecah 200 di beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga semalam.

Menurut Afshashi, kira-kira dua hingga tiga jam selepas gambar diambil, IPU telahpun mencecah 234 di kawasan berhampiran jambatan Pulau Pinang.

Kirimannya mendapat pelbagai reaksi warga maya termasuk penduduk tempatan yang melalui jambatan berkenaan.

“Macam menuju ke alam barzakh..”

“Jalan ke syurga..”

“Jangan kata penghujung, tengah jambatan pun tak nampak.”

“Ni gambar waktu malam. Biasa akan nampak lampu kat belah seberang. Sangat menakutkan.”

Bacaan IPU hari ini di lokasi berhampiran jambatan tersebut berkurang kepada 166, namun masih berada pada tahap tidak sihat.

Sumber: Afshashi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.