Siakap Keli

(Gambar) Bas Terbalik Dipercayai Bawa Rombongan Pelajar Ke Langkawi

Kecoh di laman Facebook apabila beberapa individu berkongsi gambar insiden bas terbalik yang didakwa berlaku di Bechah Laut, Kelantan ketika dalam perjalanan ke Langkawi.

Menurut individu yang berkongsi gambar kejadian, bas tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Langkawi membawa para pelajar di salah sebuah sekolah berhampiran.

Salah satu gambar turut menunjukkan usaha menyelamat dengan mengeluarkan penumpang daripada bas berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang individu mendakwa dirinya berada ditempat kejadian menceritakan punca kemalangan berlaku.

Kredit: Facebook

Nur Farra