Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google/Korean Herald/Yonhap News

Selepas 33 Tahun, ”Serial Killer” Sebenar Dalam ”Memories Of Murder” Akhirnya Dikenal Pasti

”Wilayah Gyunggi. 1986. Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan pemerkosaan dan jerutan di leher. Pelaku gagal dikesan. Dua bulan kemudian, beberapa mangsa ditemui dalam keadaan serupa mengejutkan negara yang dikenali sebagai The Land of Morning Calm itu.”

Kejadian diatas merupakan salah satu babak filem pecah panggung Korea Selatan, Memory of Murder (2003) yang berilhamkan kisah sebenar yang tidak dapat diselesaikan.

Dalam kes berkenaan, seramai 10 orang remaja dan wanita berusia lingkungan 13 sehingga 71 tahun merupakan antara mangsa siri pembunuhan yang kekal misteri selama 30 tahun itu.

Berikutan tragedi itu, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan di wilayah tersebut untuk menyiasat kes berkenaan.

Seramai kira-kira 2 juta orang polis telah terlibat dalam penyiasatan ke atas 21,000 suspek secara besar-besaran dan melakukan perbandingan dengan lebih kurang 40,116 cap jari, namun segalanya tidak membuahkan hasil sehinggalah suspek utama ditemui pada Rabu lepas.

Poster lakaran wajah suspek yang diedarkan ketika proses pencarian. (Kredit: Yonhap News Agency)

Perkembangan teknologi analisis DNA akhirnya berjaya merungkai misteri kes tersebut setelah menemui persamaan antara DNA pada pakaian dalam mangsa dengan suspek, Lee Chun-jae, 56.

Julai lalu, pasukan yang ditugaskan untuk menyiasat kes-kes tergendala di Agensi Polis Wilayah Gyeonggi telah menghantar bukti DNA kepada agensi forensik negara untuk menjalani ujian.

“Kami dapati DNA dapat dikesan dalam beberapa kes setelah masa yang lama walaupun ia tidak dapat dikesan pada awalnya. Disebabkan inilah kami meminta analisis forensik,” kata Pegawai Kanan Polis Wilayah Gyeonggi, Ban Ki-soo seperti dilaporkan Yonhap News Agency.

Polis menyiasat lokasi pembunuhan. (Kredit: Korea Herald)

Lee yang sedang dipenjara kerana kes rogol dan bunuh iparnya pada 1994 dikaitkan dengan sekurang-kurangnya tiga daripada 10 siri pembunuhan yang berlaku.

Walaubagaimanapun, Lee menafikan penglibatannya dalam pembunuhan bersiri itu. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti kaitan antara suspek dengan 7 kematian yang lain.

Dalam siri pembunuhan tersebut, suspek bersembunyi di ladang dan kawasan pedalaman di Hwaseong, menyasarkan wanita yang berjalan pada lewat malam atau subuh hari. Suspek dikatakan membunuh mangsa menggunakan barangan milik mangsa sendiri seperti stoking dan pakaian dalam mangsa.

Walaubagaimanapun, suspek tidak dapat dikenakan hukuman disebabkan Akta Limitasi yang membuatkan kes itu tamat pada 2006. Kabinet Korea telah menghapuskan akta tersebut pada 2015, namun kes jenayah itu tidak termasuk dalam perubahan tersebut.

Sumber: BBC, Korea Herald, Yonhap News Agency, Channel News Asia, AsianWiki

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.