Siakap Keli

Ramai Persoal Sekolah Tutup Tapi Pekerja Masih Bekerja, Ini Info Yang Korang Kena Tahu

Keadaan jerebu yang semakin parah dikebanyakan kawasan bagi beberapa negeri di Malaysia dikira sebagai satu ancaman terhadap kesihatan seluruh penduduk negara ini. Tahap pencemaran jerebu pada kali ini pada tahap yang tidak selamat untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti berkerja dan menjalankan sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar.

Berikutan itu, telah banyak sekolah ditutup untuk sementara supaya pelajar-pelajar tidak terdedah kepada risiko pencemaran udara. Namun begitu, timbul banyak rasa tidak berpuas hati dalam kalangan para pekerja.

Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, golongan yang berisiko tinggi semasa jerebu adalah kanak-kanak, orang tua dan wanita mengandung.

Disebabkan kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap kesan buruk jerebu, wajarlah langkah menutup sekolah bagi sementara waktu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan buruk jerebu terhadap kanak-kanak. Tambahan lagi, pihak sekolah juga perlu akur dengan operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, dimana sekolah wajib ditutup sekiranya bacaaan IPU mencecah 200.

Selain itu, orang awam  juga disarankan untuk mengikuti nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan dan mengehadkan aktiviti luar.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra