Siakap Keli

(Video) Tragedi Keluarga Buat Pak Nil Meraung Merayu Minta Perokok Berhenti Merokok

Diuji dengan kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh yang dekat, pastinya berat untuk ditempuhi oleh sesiapun termasuklah pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi.

Beliau berdepan dengan kehilangan kedua-dua abang kandungnya itu dalam tempoh kurang sebulan iaitu pada bulan Ogos dan September.

Susulan itu, menerusi ‘live’ yang dibuat di Instagram rasmi beliau baru baru ini, Pak Nil merayu netizen untuk berhenti merokok kerana sejarah yang berlaku di dalam keluarganya.

Dakwa Pak Nil, pemergian ayah dan kedua-dua abangnya adalah disebabkan oleh rokok.

Pak Nil sangat rindu pada semua..

Rata-rata netizen yang terkesan dengan video tersebut turut berkongsi pengalaman mereka apabila kehilangan insan tersayang kerana rokok.

Baru je kehilangan uncle kerana rokok

Berhenti merokok sebab arwah ayah meninggal sebab sakit jantung kerana rokok

Abang saudara meninggal sebab rokok

Sumber : Instagram aznilnawawihm via e_nuyn

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra