Siakap Keli

(Gambar&Video) Cinta Pertama Zamani Di Jinjang Pelamin Pada Usia 48 Tahun

Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, telah menamatkan zaman bujangnya di usia 48 tahun dalam satu majlis tertutup yang diadakan pada malam ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh page rasmi peminat zamanislamborneo menerusi sebuah video dikatakan sewaktu majlis pernikahan mereka.

Malah, sekeping gambar turut dimuatnaik selepas itu yang menunjukkan keberadaan Zamani di sebuah butik pengantin.

Zamani menerusi satu kenyataan yang dibuat di Instagram Zamani Ibrahim Music Entertainment (ZIME), mengesahkan perkara berkenaan dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis pernikahan mereka pada malam ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan majlis resepsi bersama isterinya Nur Juliana, akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah. Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019. • Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kpd semua pihak yg menolong menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak. • Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga. • InsyaAllah Majlis Resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami. Kbai 🥰 (Zamani bin Ibrahim) • Official Photo & Video : @peveyhackproduction Pelamin : @lamansuterakajang Hantaran : @adleenda Baju Pengantin : @wobybridal Makeup : @erinleolamakeupartist Deco : @ikamazuni Inai : @areen_henna_art Doorgift Marble Cake : @awinrs • #bamzek #ZJNikah #zamani #zamanislam #zamaniibrahim #zimeproduction

A post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on

Sumber : zamanislamborneo

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.