Siakap Keli

”Wakafkan Masjid Segah Ini, Sediakan Ruang Kubur Untuk Dikebumikan,” Kisah Hebat Pengasas RHB

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kekayaan yang diperolehi di dunia ini andainya dialirkan untuk akhirat kelak, menjadi saham bekalan ketika berada di sana.

Seperti satu tokoh hebat di dalam arena perbankan negara di mana kisahnya memberi inspirasi kepada ramai. Tidak lain tidak bukan, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, pengasas RHB Berhad.

Ramai yang tidak menyangka, masjid gah persis Masjid Nabawi di Madinah yang terletak di Seremban rupanya adalah hasil wakaf beliau kepada umat Islam untuk digunakan untuk beribadat selain pelbagai program agama dan kemasyarakatan.

Difahamkan, masjid yang merangkumi Kompleks Pusat Islam itu mempunyai dewan solat utama, dewan solat kedua, dua buah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah dan bangunan pentadbiran. Hebat dan sangat membanggakan.

RASHID HUSSAIN BERHAD di sebalik RHB

Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat

Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD.
Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.

Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni dia yang sumbangkan.

Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan dia yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang makan belanja 100 juta lebih kurang.

Gahnya Masjid Sri Sendayan 

Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”. Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.

Ruang disediakan untuk dikebumikan di masjid

Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat nk dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba-hamba nya.

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau dan ramai orang dapat manfaat dari Rumah-Rumah Allah di dunia ini.

Kita yang tak kaya dunia ni tak nak usaha kaya akhirat ?

Sembahyang pun malas malas….
Saya lah ni.
(Amar Sufi Ali)

P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra