Siakap Keli
Gambar hiasan

Minta Pelik-Pelik Bukan Sebab Mengada, Lelaki Ini Pesan Tak Mengapa Suami Penat Sikit Layan ”Demand” Isteri Hamil

Setiap insan yang bergelar suami, terutamanya yang sedang menantikan kelahiran anak mereka tidak kisahlah yang pertama ke, kedua ke atau yang ke berapa pun, pasti akan melalui perit getir melayan kerenah isteri mereka yang mengidam sesuatu makanan atau melakukan perkara yang pelik-pelik.

Antara kes yang boleh dikatakan agak luar biasa pernah tular di media sosial adalah seorang wanita yang mengandung ini mengidam atau teringin sangat untuk menjadi penghantar makanan. Ada juga kes isteri mengidam nak naik bas ekspres dan ada juga yang mengidam untuk tengok roadblock JPJ.

Namun sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, nak taknak pastinya akan diusahakan juga. Ianya kerana, tanggungjawab itu bukan sahaja dibuat atas sebab sayang kepada si isteri itu, bahkan ianya dibuat kerana sayang serta tanggungjawab kepada anak di dalam kandungan itu. Seorang pengguna Facebook yang bernama Muhammad Hassan, ada menceritakan tentang caranya melayan kerenah mengidam isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsinya ini seperti berikut:

Kesian wife saya semua benda dia nak makan tapi bila hidang kat depan terus tak boleh makan,muntah. Morning sickness tu teruk juga. Saya cakap kat wife apabila placenta fully developed insyaallah vomiting, nausea semua akan hilang dan ini tanda kandungan sihat.

Pernah satu hari tu mula mula nak makan siakap steam halia. Pandu kereta pergi tempat yang biasa kami makan. Dah terhidang kat depan tak boleh bau,tak boleh makan, pahit katanya. Saya cakap kena makan, tiba tiba nak makan chicken chop. Pergi restaurant chicken chop homemade. Dah terhidang tak boleh bau lada hitam pula.

Termenung dalam kereta tiba tiba nak makan mee ketam. Saya cari ketam, balik rumah masak mee ketam. Dah terhidang tak boleh makan lagi.

Akhirnya saya buat sedikit air halia, bagi dia minum. Nampak kurang terus nak makan ikan keli. Pergi lagi cari ikan keli sungai buat goreng kunyit, makan dengan kicap Alhamdulillah boleh makan dah.

Akhirnya makanan yang lain tu saya dan anak juga kena habiskan.

Takpa.. Suami diluar sana, layankan saja selera isteri, janji dia kena makan, minum supaya kekal terhidrat. Mereka ini bukan mengada ngada tau. Tapi itu perubahan hormon yang berlaku kepada hamil. Kehadiran hormon HCG(Human Chorionic Gonadotropin) ini punca ibu jadi alahan muntah muntah. Insyaallah pada minggu ke 12 atau lebih placenta akan buat Oestrogen dan progesterone sendiri. Ketika ini kita pula takut tengok ibu hamil ini asyik lapar nak makan je.

Tak mengapalah kita penat sedikit. Kena ikut selera makan dia. Kena kemas rumah, pinggan mangkuk kena basuh, tak boleh masak dalam rumah, tak boleh bau pelik pelik, sampai satu tahap hadap bau kita pun dia dah muntah.

Jadi sabarlah. Layan isteri, jaga isteri sepenuhnya, selalu beri pelukan untuk dia, layan dia, hargai susah payah dia, sentiasa beri semangat kepada si dia. Takpelah dia muntah dalam kereta, atas katil. Itu sekejap je nak dibandingkan dia kena harungi 40 minggu kandungan.

Paling penting teman isteri jumpa doktor bukan tunggu dalam kereta dan biarkan isteri keseorangan. Teman isteri dan ambil tahu tentang perkembangan bayi dalam kandungan.

Moga kita ceria, gembira, terhibur, syukur dengan nikmat zuriat yang الله kurniakan.

-EncikMatt-

Sumber: Muhammad Hassan

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.