Siakap Keli

(Video) Budak Lelaki Naik Hantu Kejar ‘Pocong’

Kebanyakan orang takut dengan makhluk halus.  Walaupun tak tahu dan tak pernah bertemu secara telus, kisah-kisah yang sering dimomokkan cukup memberikan rasa gelisah.

Berikutan itu, pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi segala ketakutan dengan membacakan ayat suci Al-Quran dan ada juga yang lari tak cecah tanah jika pernah bertemu.

Namun, lain pula ceritanya di Indonesia. Jika disini kita takut dengan makhluk ini, tapi di sana, pocong ‘dikejar’ manusia sampai tak lagi melompat tapi berlari sekuatnya.

Satu rakaman video viral di media sosial menyaksikan dua orang kanak-kanak menyerang ‘pocong’ dengan bunga api di kawasan sebuah kampung undang geli hati para netizen.

Berdasarkan reaksi yang dipamerkan dalam rakaman berkenaan, ‘pocong’ tersebut dipercayai merupakan manusia yang menyamar berkemungkinan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Dua orang kanak-kanak itu menghalakan tembakan bunga api terhadap tubuh badannya. Kejadian mencuit hati itu telah menarik perhatian rata-rata warganet.

“Dan akhirnya, pocong yang baca ayat kursi dan lari”

“Kerja terus, sambil iring pulang ke kubur”

“Apa pocong itu tidak tahu yang api neraka itu lebih panas”

“Dendam yang mendalam”

Sumber: Si Jamal via Penjahat Gunung

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra