Siakap Keli
Gambar Hiasan

Korang Takut Lipas? Ini 10 Fakta Lipas Yang Lagi Menakutkan

Baru sebut perkataan lipas, pasti ada yang sudah geli mahupun rasa seakan ia berjalan di atas kaki korang. Ada yang boleh saja pegang haiwan tersebut tanpa rasa takut. Ada juga, dari jauh sudah menjerit ketakutan.

Lipas adalah serangga yang menjengkelkan serta banyak memberi kesusahan kepada manusia. Walaupun boleh dikatakan kehidupan lipas ini sebati dengan manusia tetapi masih juga tidak biasa dengan serangga ini.

Walaupun ia sangat bahaya dalam kehidupan seharian manusia, anda perlu tahu 10 fakta menarik yang sangat unik tidak pernah orang tahu tentang kehidupan serangga yang bernama lipas.

Ini adalah 10 fakta menarik tentang kehidupan serangga pemusnah ini.

1. Seekor lipas boleh hidup tanpa kepala selama seminggu.

  • Sistem peredaran darah mereka terbuka dan hakikatnya serangga ini bernafas melalui lubang-lubang kecil di setiap segmen badan mereka kerana lipas tidak bergantung kepada mulut dan kepala untuk bernafas.
  • Ia akan mati kerana tidak dapat minum air dan mati dalam dahaga.

2. Lipas dapat menahan nafas selama 40 minit

  • Ia dapat bertahan di dalam air selama setengah jam.

3. Lipas boleh berjalan selaju 5 kilometer dalam sejam

  • Ini bermakna, ia dapat menyebarkan kuman dan bakteria di seluruh rumah dengan cepat.

4. Lipas jantan boleh membesar pada usia dewasa dalam masa 36 hari. 

  • Fakta tambahan, lipas Jerman merupakan serangga yang paling berbisa menyebarkan wabak penyakit dan tindak balas alahan pada orang ramai.

5. Bayi lipas pada hari pertama kelahiran sebesar saiz helaian debu boleh berjalan menghampiri ibunya dengan cepat. 

6. Lipas Amerika sangat tertarik pada minuman alkohol.

  • Lipas ini sangat tertarik dengan bau alkohol yang bercampur hop dan gula.

7. Lipas terbesar di dunia di jumpai di Amerika Selatan

  • Saiznya adalah 6 inci panjang dengan sayap sebesar 1 kaki.

8. Lipas dipercayai telah wujud dan hidup 280 tahun lalu.

9. Lebih 4,000 spesies lipas di dunia

  • Termasuklah spesies yang paling biasa, lipas berwarna coklat, lipas Jerman dan lipas Amerika.

10. Boleh hidup tanpa makanan selama satu bulan.

  • Walaupun mampu hidup tanpa makanan selama sebulan, namun ia akan mati kehausan tanpa air selama seminggu.

Fakta ini telah membuktikan serangga ini sangat sesuai hidup di bumi tambahan lagi masyarakat di dunia yang sangat suka buang sampah merata-rata, membiarkan makanan terbuka adalah salah satu faktor utama ia bertahan di bumi ini.

Jadi, jagalah kebersihan rumah agar kehidupan seperti serangga bahaya ini dapat dihindarkan.

Sumber: Pestworld

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)