Siakap Keli
Kredit: Elite Readers

(Video)Muka ”Babyface” Budak Sekolah Rendah, Ramai Tak Percaya Lelaki Ini Sebenarnya Cikgu

Mungkin ada antara kita yang mempunyai rakan yang kelihatan lebih muda dari usia sebenar mahupun adik-adik yang kelihatan lebih matang dari kakak dan abang sendiri.

Situasi ini mungkin memberi kelebihan ataupun ‘masalah’ kepada individu tersebut seperti mendapat harga tiket taman tema yang lebih murah ataupun terpaksa bersoal jawab dengan pihak berkuasa yang menyangka mereka adalah kanak-kanak yang memandu tanpa lesen.

Bagi seorang guru, Ian Francis Manga, 22, wajah yang muda membuatkan lelaki ini kelihatan sebaya dengan anak muridnya.

Kredit: GMA News

Guru di San Jose Del Monte, Bulacan, Filipina itu mengajar di tadika dan sekolah rendah, namun kerana fizikalnya yang tampak lebih muda berbanding usia sebenar, kelihatan seolah-olah dia pula yang perlu menghadiri ke sekolah sebagai pelajar.

Menurut Ian, dia pernah ditimpa penyakit yang mungkin menyebabkan tumbesarannya terbantut dan lebih rendah berbanding rakan seusianya.

Walaupun begitu, dia bernasib baik kerana tidak dibuli disebabkan wajah ‘baby face’nya.

“Saya tidak dibuli kerana saya sangat ramah. Saya berkawan dengan rakan sekelas dengan mudah. Ada juga kadangkala saya dibuli oleh orang yang tak dikenali, tapi saya abaikan,” katanya.

Ian merupakan guru lepasan kolej di Filipina. (Kredit: The Summit Express)

Tambahnya lagi, dia turut bertegas dalam sesi pembelajaran bagi memastikan para pelajar berdisiplin dan mendengar kata.

“Bila saya serius dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan turut serius. Saya perlu serius sebab saya seorang guru. Tak boleh sentiasa bersantai, mereka juga perlu serius dalam kelas,” katanya.

Sumber: Elite Readers, GMA News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.