Siakap Keli
Gambar: Twitter

Selepas Jerebu, Gempa Bumi Kuat Pula Goncang Pulau Maluku Hingga Meragut Nyawa

JAKARTA, 26 Sept (Bernama) — Gempa bumi bermagnitud 6.8 Skala Richter menggoncang kepulauan Maluku, Indonesia, pada pukul 6.46 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berpusat di 40km timur laut Ambon-Maluku di kedalaman 10km dan tidak mencetuskan tsunami.

Tiga gempa susulan bermagnitud 3.2 hingga 5.6 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga pukul 11 pagi ini.

Berdasarkan gambar yang dikongsi Badan Nasional Pengurusan Bencana ( BNPB), beberapa bangunan dan rumah di kota Ambon, dan kabupaten Maluku Tengah, rosak teruk.

Sekurang-kurangnya tiga orang maut akibat daripada gegaran yang melanda Kepulauan itu.

Pegawai agensi bencana tempatan, Albert Simaela menyatakan bahawa seorang guru dilaporkan terbunuh selepas sebahagian daripada bahagian bangunan Universiti Islam yang terletak di Ambon itu menimpanya.

Agensi Pengurusan Bencana Negara turut menyatakan bahawa sebanyak 2 orang telah disahkan maut manakala 3 orang lagi mengalami kecederaan, namun pihak berkuasa masih lagi bekerja keras bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terhadap jumlah yang terkesan.

Sumber: Bernama, AP

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.