Siakap Keli

Harga Cecah Ribuan Ringgit, Netizen Cop Telekung ‘Kalis’ Neraka, ‘Confirm’ Syurga

Tular di media sosial satu perkongsian mengenai sepasang telekung daripada satu jenama terkenal yang mencecah ribuan ringgit.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian daripada netizen yang memberikan pelbagai reaksi mengenai harga yang dipaparkan itu.

Pun begitu, ada juga sebilangan netizen yang mengecam dan memerli harga telekung berkenaan yang dikatakan tidak masuk akal.

Boleh membuatkan solat tanpa henti

 

Doa boleh tembus langit ketujuh

Telekung kalis tahi lalat

Namun, ada juga yang menyokong dengan memberi pandangan bahawa semuanya bergantung kepada niat seseorang.

Malah, ada yang menyatakan bahawa harga ini tidak perlu dijadikan isu kerana telekung tersebut menjadi telekung impian untuk dimiliki oleh mereka.

Tudung boleh beli harga ribu-ribu, takkan nak mengadap Allah pun tak boleh yang mahal?

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra