Siakap Keli
Gambar: Motorsport-Total.com

Pasukan Formula One Mercedes Pecat Empat Orang Kakitangan Gara-Gara Menghina Pekerja Muslim

Mercedes mengesahkan bahawa empat kakitangan Formula One pasukannya telah dipecat pada awal bulan lepas kerana telah melanggar dasar kepelbagaian dan kesamarataan syarikat itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kepada RaceFans menyatakan, “Mercedes-Benz Grand Prix Ltd mengesahkan bahawa empat individu itu telah diberhentikan pada 2 Ogos 2019.

“Pemecatan itu berikutan satu siasatan yang dijalankan berkenaan dengan pelanggaran dasar kepelbagaian dan kesaramataan syarikat. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan bertindak secepat mungkin sejurus menerima aduan berkenaan dengan perkara tersebut.

“Kami amat menghargai kepelbagaian kaum dalam kakitangan kami kerana ianya adalah salah satu kunci kekuatan yang terdapat dalam pasukan kami. Persekitaran pekerjaan kami adalah berdasarkan saling menghargai dan saling menghormati,” lapor Mercedes dalam satu kenyataan.

Laporan media tempatan lain turut menyatakan bahawa empat kakitangan Mercedes itu telah membuli dan menggunakan perkataan yang berunsur perkauman terhadap pekerja yang beragama islam.

Pada Mac lalu, pemandu Formula One pasukan Mercedes, Lewis Hamilton, ada menyatakan tentang isu perkauman yang terjadi dalam pasukan bola sepak di Montenegro.

“Ianya amat sukar  untuk dipercayai bahawa isu ini masih lagi wujud pada zaman ini,” kata Hamilton. “Ianya benar-benar wujud lagi. Isu perkauman ini masih lagi ada wujud di seluruh dunia dan ianya amat menyedihkan sekali.”

“Perkara ini amat mustahil dilihat untuk tidak timbul pada masa-masa akan datang. Sangat bagus untuk melihat ada orang yang sanggup berdiri dan mempertahankan orang yang teraniaya. Namun saya tidak fikir ianya dapat berkekalan untuk jangka masa yang lama.”

Sumber: racefans

Aqmal Ezany

I write what is right

Nur Farra