Siakap Keli

(Gambar) Manis Berhijab, Meghan Markle Lawat Masjid Tertua Di Afrika Selatan Bersama Putera Harry

Pada Selasa lalu, Putera Harry dan Meghan Markle telah mengadakan lawatan ke Masjid Auwal di Bo-Kaap di Cape Town, Afrika Selatan dalam satu pertemuan bersama pemimpin agama di sana.

Dalam pertemuan itu, Mereka berdua telah bertemu dengan wakil komuniti Muslim tempatan, Mohamed Groenwald dan Imam Sheikh Ismail Londt.

Putera Harry dilihat memakai sut berwarna kelabu manakala Meghan memakai dress labuh berwarna hijau dengan selendang menutupi kepalanya.

Kedua-dua mereka turut membuka kasut sebelum memasuki masjid berkenaan yang dibina pada 1794 yang menempatkan manuskrip Al-Quran pertama di Afrika Selatan.

Manuskrip tersebut dikatakan telah ditulis oleh seorang imam berdasarkan hafazannya ketika dipenjara di Pulau Robben.

Terdahulu, kedua-dua mereka turut bertemu badan NGO kesihatan mental tempatan di Monwabisi Beach.

Kredit: Metro.co.uk
Kredit: Metro.co.uk
Kredit: Metro.co.uk
Kredit: Metro.co.uk

Sumber: Metro.co.uk

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.