Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah penyewa tidak menjaga dengan baik rumah yang di sewa bukanlah satu pewrkara baharu pada zaman sekarang. Sudah banyak isu yang pernah terjadi sebelum ini. Bila awal masuk rumah cantik saja keadaannya, namun bila sudah ditinggalkan seperti ‘tongkang pecah’ rumah itu dibuatnya.
Terbaharu, kisah penyewa dari neraka ini dikongsikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah laman Facebook milik Hang Dhanim yang berkongsai pengalaman membersihkan rumah yang telah diberi sewa kepada seseorang yang dianggap penggotor.

La ni dapat tengok sendiri ada manusia ‘gila’ boleh buat rumah kawan kami teruk sampai macam ni. Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula!
Apa yang anda boleh lihat pada video tersebut, timbunan baju buruk dan sampah-sarap disebatikan sekali sehingga mencecah siling.
Difahamkan melalui video ini, selama lima hari sekumpulan lelaki ini membersihkan rumah tersebut.

Proses nak dapatkan balik kunci dari penyewa pun bukan senang. Kene report polis untuk keselamatan dan upah peguam segala baru bagi kunci.
Kalau tak buat keras macam tu rumah dia. Dah la sewa tak bayar. Dah dapat kunci bukak pintu lagu ni. Haru betui. Satu rumah penuh sampah.
Kalau hampa ada niat nak bantu keluarga ni ringankan beban diorang ni aku share acc no. Tak paksa sukarela. Aku tolong mana terdaya ja. Semoga dipermudahkan semua. Amin
Maybank : 164717036591 (Mohd Hasrol)
Mereka juga turut kongsikan beberapa keping gambar sebelum dan selepas berkemas.

Boleh buat tak tidur malam tuan rumah tu, keadaan rumah tu memang teruk. Melarat nak kemas dan cantikkan semula.
Sumber: Hang Dhamin