Siakap Keli
Gambar hiasan

Hukuman Lebih Berat Bagi Yang Terlibat Dengan Pencemaran Air Sedang Dikaji

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli hari ini merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi mengkaji kemungkinan mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar, susulan beberapa kes bekalan air terganggu, ekoran masalah pencemaran.

Menterinya Dr A. Xavier Jayakumar berkata hukuman semasa yang berupa denda RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dilihat masih tidak mencukupi, menjadikan kini amat penting untuk menampilkan bentuk hukuman yang lebih tegas di bawah akta berkenaan.

“Jumlah RM10,000 tidak cukup, begitu juga dengan penjara setahun. Kita akan pertimbangkan, mungkin meningkatkan kedua-dua bentuk hukuman itu, di samping menutup segera kilang-kilang yang didapati melakukan pencemaran.

“Ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mengkaji Akta berkenaan, dan saya rasa tahun depan sekiranya semua berjalan lancar kita akan membentangkannya di Parlimen,” katanya dalam satu persidangan media selepas merasmikan konvensyen Malaysia International Water Convention 2019 (MIWC) di sini hari ini.

Sehubungan itu Xavier berkata beliau telah mengarahkan supaya Suruhanya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) untuk membuat siasatan lebih menyeluruh di samping membuat penguatkuasaan lebih menyeluruh di masa depan.

Katanya beliau juga merancang untuk mendapatkan pembabitan sektor swasta dalam industri air dalam usaha itu, memandangkan Kerajaan Persekutuan sendiri tidak boleh menjadi satu-satunya pihak yang bertanggungjawab membawa masuk dana ke dalam industri berkean.

Selain penguatkuasaan yang lebih tegas, pihak kementerian turut mensihatkan para pemain industri dan korporat mengubah sistem mereka, di samping cara melupuskan air sisa.

“Kita sudah sampai tahap di mana kita tidak boleh bertolak ansur lagi dengan mereka yang membuang air tercemar kedalam sungai. Jika anda ditahan, anda akan terima akibatnya. Amaran juga kepada mereka yang merasakan boleh terlepas, kita sedang meletakkan sistem yang lebih teratur bagi memantau dan mencari tempat paling sesuai untuk membuang bahan sisa,” katanya.

Minggu lepas syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengumumkan gangguan bekalan air yang menjejaskan pembekalan terhadap 372,031 isi rumah di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di Selangor selepas pencemaran bau dikesan di Sungai Semenyih.

Sebelum itu, satu insiden pencemaran dikesan di punca air air mentah di Sungai Semenyih pada bulan Jun lepas.- BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.