Siakap Keli
FOTO: SUFI RASHID

Tular Video Isteri ‘Lari’ Ketika Ibu Mertua Naik Pelamin, Sufi Rashid Jelas Perkara Sebenar

Beberapa hari lepas kecoh dengan sebuah video yang viral dipercayai di sebuah majlis perkahwinan penyanyi lagu ‘Aku Sanggup’, Sufi Rashid menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku semasa majlis berlangsung.

Difahamkan melalui video yang tular, isteri Sufi meninggalkan pelamin sejurus ibu kepada penyanyi ini datang memeluk dan mencium anaknya.

Menjelaskan perkara sebenar, Sufi Rashid telah menulis satu kenyataan di laman Facebooknya untuk memperbetulkan situasi yang berlaku dan menegaskan bahawa tindakan isterinya itu tidaklah ‘kurang ajar’ seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

“Sebelum ibu saya datang, isteri saya sudah keluarkan air mata, badan mengeletar”

Izinkan saya mulakan kenyataan ini dengan Bismillah.

Tujuan post ini supaya kita semua tidak tersalah anggap isu yang sedang disebarkan sekarang.

Tanpa membuang masa, saya ingin menegaskan tentang “video” yang sedang disebar tentang ibu dan isteri saya.

Kedua-dua wanita ini adalah bidadari hati saya. Tanggung jawab saya sebagai anak dan suami, adalah amanah saya untuk mereka berdua sihat dan bahagia di dunia dan In Shaa Allah, di akhirat. Baik dan buruk kesemuanya berdasar kehendak dan izin ALLAH SWT juga, dan saya terima seadanya dengan redha dan tawakkal.

Mereka berdua saling menghadapi tekanan dan dugaan dalam kehidupan dunia yang sementara. Tetapi beratnya dugaan mereka, hanya ALLAH SWT saja yang tahu. Isteri saya bukan tidak hormat atau mahu larikan diri. Semasa menunggu ketibaan ibu saya, isteri saya sudah keluarkan tangisan di matanya, badan dia sudah bergeletar.

Bukan takut, tapi isteri saya sudah bertahun pendam perasaan dengan penuh kesabaran atas “tindakan” yang diberikan pada dia. Tidak sekali pun isteri saya menceritakan apa yang dia lalui sebab dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.

FOTO: SUFI RASHID

Walaupun saya dan keluarga serta saudara mara saya tahu akan hal yang sebenar, kami tidak akan sesekali menceritakan. Dosa besar bagi kami sebagai hambaNya untuk menyebar aib kami sendiri secara terbuka, apatah lagi aib orang lain yang mungkin tidak pasti.

FOTO: SUFI RASHID

Saya minta jasa baik semua untuk berhenti mengongsikan video tersebut kerana ia boleh terjadinya fitnah, walaupun tidak sengaja. Kerana dalam ketidak-sengajaanlah, lahirnya perkara syubhah. Semoga kita semua dijauhkan perkara-perkara yg tidak bermanfaat hendaknya.

Saya minta maaf jika ianya melibatkan ramai orang. Saya juga minta maaf jika ianya membuat orang ramai keliru dan marah secara tidak sengaja. Dan saya juga memaafkan semua, In Shaa Allah.

Sebagai netizen, jangan kita menghukum tindakan mereka tanpa usul periksa, mungkin kita tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka.

Sumber: Sufi Rashid

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)