Siakap Keli

(Video) “Apa Alasan Korang Untuk Tak Solat..” Lelaki ‘Kaki Robot’ Tunai Solat Jemaah Di Masjid Buat Netizen Sebak

Tular sebuah video di laman media sosial tentang rakaman seorang lelaki yang menggunakan kaki mekanikal sambil menunaikan solat. Video berdurasi 25 saat itu benar-benar menyentuh hati netizen.

Kekurangan yang dimiliki inidvidu terbabit langsung tidak menghalangnya dari melaksanakan kewajipannya kepada Sang Pencipta.

Video berkenaan dihujani dengan pelbagai reaksi dari netizen yang tak henti-henti mengucapkan syukur.

Moga Allah mengampunkan dan membantu kita supaya terus bersyukur

Jadi, apa alasan kau untuk tidak melaksanakan solat?

Aku mendoakan supaya Allah menerima ibadahnya dan ini adalah teladan kepada kita untuk menjadikan solat keutamaan kita

Pengajaran kepada kita, terkadang terlalu malas untuk menunaikan suruhan-Nya.

Mashallah, Allahuakbar, Alhamdulillahi Rabbil Alamin

Ya Rab, terima lemah dan malu diri ini ketika melihat hambamu yang mulia ini

Subahanallah, meski 2 kakinya palsu, namun mendirikan solat tetap keutamaan. Kita seharusnya bersyukur,

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)