Siakap Keli

(Video) “Tambah Lagu Buai Laju-Laju Lagi Seram,” Wanita Rakam Buaian Terhayun Sendiri, Macam Ada Orang Main

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cerita seram menjadi perkara biasa yang berlaku dalam kalangan manusia kerana kita sudah terdedah dengan banyak perkara seram yang berlaku di sekeliling kita. Perkara ini dikaitkan dengan unsur-unsur mistik yang jelas membuatkan kita berada di dalam ketakutan.

Kini tular satu rakaman video daripada seorang wanita di laman Facebooknya yang mendakwa buaian di sebuah tapak permainan bergerak sendiri tanpa entiti di siang hari. Dalam video tersebut menunjukkan sebuah buaian sahaja bergerak, yang lainnya tidak bergerak.

Difahamkan melalui video berdurasi 36 saat ini, kelihatan satu buaian bergerak seperti dihayun oleh seseorang.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, kejadian ini berlaku pada jam 12.15 tengah hari semasa membalas Whatsapp kepada rakannya, jadi terus rakam dan hantar kepada rakannya. Dalam masa yang sama, dia dan anak-anaknya berada di dalam kereta menunggu suaminya.

Katanya, agak aneh jika buaian tersebut mampu bergerak sendiri tanpa dan tiada angin serta panas terik.

“Dalam dunia bukan manusia haiwan dan tumbuhan yang nampak dengan mata kita je ada menumpang…yang tak nampak pon ada sebab semuanya mahluk Allah kan.”

Wanita ini juga turut menambah dalam perbualan ketika menghubunginya, wanita ini mengaku sudah beberapa kali dia berhadapan dengan kejadian mistik seperti ini.

Sumber: Arenom.rizal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)