Mahatma Gandhi, abu pemimpin dan tokoh politik tersohor dari India dicuri dari pusat peringatan (memorial) tepat pada hari ulang tahunnya yang ke-150.
Abu mayat yang telah ditempatkan selama lebih 71 tahun di pusat peringatan Bapu Bhawan, India tengah itu ‘dibawa keluar’ oleh seorang individu yang turut menconteng perkataan ‘Pengkhianat’ di atas gambar tokoh dunia berkenaan dengan cat hijau.
Mangaldeep Tiwari, penjaga Bapu Bhawan menyatakan bahawa dia membuka pintu pusat peringatan itu sempena hati lahir tokoh terbabit. Namun ketika dia datang semula pada jam 11 malam, abu mayat Gandhi telah hilang dan gambarnya telah dirosakkan.
Gandhi, yang dilahirkan pada 1869 memainkan peranan penting dalam perjuangan India untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi dia terbunuh hanya beberapa bulan selepas dia memimpin India ke arah kebebasan dari pemerintahan British.
Sumber: Telegraph.co.uk