Siakap Keli

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik, Tertidur Ketika Sedang Main Game Sambil Telefon Dicas

Baru-baru ini seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon pintar yang sedang dicasnya selepas tertidur bermain permainan atas talian di sebuah kediaman di Chonburi Thailand.

Menerusi sebuah foto yang tular, terdapat pelbagai peranti elektronik di tempat tidurnya dan salah satu adalah daripada telefon pintarnya yang sedang dicas.

Melalui petikan Dailymail, ibu saudara mangsa tersedar kejadian itu ketika masuk untuk mengemas bilik mangsa dan melihat keadaannya sudah kaku kebiruan sambil tangannya terletak pada plag yang terbakar.

Dia segera mematikan suis elektrik tersebut dan hubungi pihak polis.

“Dia banyak menghabiskan masa bermain permainan video atas taliandi tempat tidurnya. Saya melihat sudah beberapa malam telefon pintarnya dicas ketika sedng tidur”

Polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa dan mengesahkan bahawa remaja tersebut sudah meninggal dunia. kes tersebut tidak dibuka untuk siasatan kerana kematiannya tidak mempunyai unsur yang mencurigakan.

Sumber: Dailymail.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)